Keluaran dan sambutan Pop_(album_Bunkface)

Pop dikeluarkan pada 22 Mac 2019 dan didatangkan dengan 2 jenis bungkusan yang berbeza, memberikan kelainan yang unik untuk peminat mereka. Ia menjadi kegagalan komersial berbanding tiga album terdahulu.[2] Menurut mereka: "Nampaknya apabila kami cuba menongkah arus, ia kurang mendapat sambutan. Ikutkan, lagu yang dimuatkan dalam album Pop seperti "Kembali", "Setiap Malam Aku Bersamamu" dan beberapa lagi sudah dilancarkan tahun lalu. Mungkin disebabkan ia tidak sama dengan konsep Malam Ini Kita Punya maka peminat kurang berminat,".[3]

Untuk mempromosikan album ini, Bunkface mengadakan sesi jelajah ke kampus-kampus di seluruh tanah air bagi meraikan peminat-peminat mereka. Sesi jelajah bermula pada 29 Mac 2019 bertempat di UiTM Puncak Alam. Ia juga menjadi kelainan dari sesi jelajah yang lain kerana Bunkface akan berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang mereka bergelar artis rakaman kepada para pelajar.[4]

Berkaitan